-
Selepas STPM, saya tidak pernah menulis karangan dengan menggunakan bahasa Melayu. Saya rasa saya perlu menulis karangan dengan bahasa Melayu sekali kala untuk menunjukan saya masih tahu guna bahasa melayu. Menulis "post" ini, disini, telah mengunakan dua puluh minit. Saya tidak boleh menulis dengan lancar. Saya tidak boleh menulis dengan BM. Saya rasa saya lebih selasa menguna bahasa Inggeris.
Ini menunjukan kecacatan BM saya sekarang. Saya langsung tidak boleh fikir, tidak boleh tulis tanpa menstrukturkan perkataan saya dalam BI. Situasi sekarang sangat memalukan. Saya berasal dari sekolah kebangsaan. Dari sekolah rendah hingga sekolah tinggi (STPM ). Menulis karangan sepatutnya bukan sesuatu perkara yang susah untuk saya, tetapi situasi sekarang.. arrgh..
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menangani gejala merokok dalam kalangan remaja. Panjang huraian anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan.
soalan untuk SPM dan STPM. Siapa boleh menulis karangan ini dengan lancar. Jangan lupa, kamu cuma ada 1 jam 15 minit.
Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru. Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006.
Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini sememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untuk membanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa paras negatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini juga menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-paru tersebut hitam, kering, dan sungguh menakutkan.
Kempen antimerokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media. Televisyen, surat khabar, dan juga radio kini dipenuhi dengan iklan-iklan antimerokok. Para remaja yang majoritinya menonton televisyen serta mendengar radio diberi kesedaran mengenai tabiat merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melalui pengiklanan golongan sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dan kadar perokok dapat dikurangkan.
Kempen anti merokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun yang lalu di seluruh negara berlandaskan slogan “Tak Nak!” Slogan ini sangat sesuai untuk membuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak kepada rokok.” Kesan-kesan buruk tabiat merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok. Pihak kerajaan berharap kempen-kempen ini dapat menyedarkan perokok untuk berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Kempen antimerokok ini merupakan antara langkah kerajaan yang amat dipuji. Harapan kerajaan melalui kempen ini adalah untuk menyedarkan perokok dan mengurangkan jumlah perokok khususnya remaja.
Kesimpulannya, semua pihak berkenaan perlulah bekerjasama untuk menghapuskan tabiat yang membunuh ini. Dengan usaha kerajaan yang berterusan dan intensif ditambah dengan kerjasama masyarakat diharapkan kempen ini akan berjaya.
DAN Kesimpulan kedua, My malay become worse and worse.. sad..zzz
-n-
2 comments:
Hahahaha tajuk karangan yang cukup menarik. Walaupun rasanya seperti hanya terdapat satu isi yang dihuraikan hingga kering, saya masih rasa struktur ayat-ayat yang ditulis agak mantap. Kecuali permulaan setiap perenggan isi iaitu "Kempen antimerokok" hehehe. Syabas diucapkan. Bahasa jiwa bangsa.
Tidak dapat dinafikan, karangan ini telah menggunakan semua perkataan yang sya ingati. Jika diberi peluang sekali lagi, saya tidak akan berhenti menulis~ Malaysia negara ku mencinta~
Post a Comment